Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Nasi Goreng Kampung Special

Nasi putih.



Kangkung.



Cili tumbuk + ikan bilis



Telur goreng. 




Siap!


Nasi Goreng Kampung Special

Friday, December 13, 2013

Mencuba lagi Resepi Puding Gula Hangus Mama!


Resepi Puding Gula Hangus Mama

Bahan-bahan
8 biji telur ayam gred C


1 tin susu cair F&N krimer sejat


1/2 tin air masak
1 sudu kecil essen vanilla 


7 sudu besar gula

+ 7 sudu besar gula untuk caramel 

Kesemua bahan-bahan tersebut dikacau menggunakan sudu saje cukup.

Kemudian untuk caramel nya. Masukkan gula dalam 7 sudu besar dalam loyang dan panaskan api beberapa minit sahaja sambil kacau sehingga keperangan. 


Tapi jangan sampai hangus gula tersebut. Pahit! Sekadar brown sikit pun dah memadai. Sejukkan....


Last masukkan bahan-bahan yang telah digaulkan bersama telur tadi ke dalam loyang. 


Masukkan ke dalam periuk pengukus lebih kurang 30 minit. 


Siap puding caramel.... 


Untuk lebih enak, puding gula hangus @ caramel dimasukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dimakan... Yummmy!!!? Cubalah... Best!!! 

Wednesday, November 27, 2013

Resepi Sayap Ayam Masak Pedas

Resepi Sayap Ayam Masak Pedas 



Bahan-bahan (3 orang makan) 

6 keping sayap ayam dibersihkan
5 labu bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1" halia dikisar
4 sekawan- kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih
Cili boh, kacang peas, asam keping, sos cili dan sos tomato, gula dan garam

Cara-cara

1) Goreng separuh masak.
2) Tumis 4 sekawan, bahan kisar dan cili boh sehingga garing dan tambah sedikit air.
3) Masukkan sos cili dan tomato, asam keping, gula dan garam.
4) Last masukkan ayam, kacang peas, bawang besar yang dihiris. 

Siaplah resepi sayap ayam masak pedas untuk hidanga malam ini.






Tuesday, November 26, 2013

Resepi Mee Kari Special

Resepi Mee Kari Special



Bahan-bahan (4 orang makan)

1/4 ekor ayam (masukkan tulang-tulang) dipotong kecil

5 labu bawang merah dan 3 ulas bawang dikisar 

1" halia kisar

2 batang serai & 1" lengkuas diketuk

Sepeket serbuk kari (4 sudu)

2 liter air 

1 batang fish cake dipotong nipis

1 plastik kecil fish ball

1 biji ubi kentang 

2 keping asam keping dan 1 sudu asam jawa

5 sudu besar santan 

Mee kuning 1 pek (450)

Hiasan 

Tomato, daun ketumbar, bawang goreng, 5 biji telur rebus, tauhu kering digoreng, dan cili merah.

Cara-cara

1) Tumis bawang merah & putih, halia kisar, cili boh dan masukkan serai & lengkuas yang telah diketuk di dalam periuk.
2) Bancuh rempah kari dan dimasukkan ke dalam bahan tumis tadi
3) Masukkan air, ayam, fish ball & fish cake dan ubi kentang. 
4) Ubi kentang dikeluarkan apabila sudah lembut dan dilenyekkan seterusnya dimasukkan kembali ke dalam periuk. 
5) Masukkan asam jawa dan asam keping serta garam. 

Agak-agak lebih kurang 45 minit siap untuk penyediaan kuah tadi.

Mee kuning direbus terlebih dahulu dan ditoskan. 


Mee kari tersebut dihias dan dihidangkan seperti gambar di atas. 

Selamat mencuba resepi mee kari special! 

Nyummm nyummmm.... 

Resepi Maggi Goreng Istimewa


Resepi Maggi Goreng Istimewa

Bahan-bahan (1 orang makan)

Sebungkus maggi goreng
Beberapa potong kecil ayam
1 biji telur mata kerbau (hiasan)
Sedikit taugeh, tomato buah, timun (hiasan)
Bawang goreng

Cara-cara

1) Rebus maggi goreng dan toskan. Kemudian gaulkan dengan rempah maggi tersebut. 
2) Tumis bawang putih dan merah (hirisan) serta cili merah. Masukkan ayam dan maggi tadi.
3) Last masukkan sayur taugeh. Kejap aje. Siap! 

Hiaskan maggi goreng macam gambar di atas! 

Cubalah....

Monday, November 25, 2013

Resepi Kek Coklat Mama

Resepi kek coklat mama



Bahan A 

1cwn serbuk koko
1cwn gula castor
1cwn susu cair
1cwn susu pekat
1cwn minyak masak

Bahan B

4biji telur
1cwn tepung gandum @ tepung kek
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

Campurkan semua bahan A, kacau hingga  sebati dan panaskan dgn api sederhana hingga cair dan sejukkan.

Pukul telur dalam bekas lain dan masukkn dlm bahan A tadi. Kacau sebati. 

Masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau lagi dan tapis untuk mengelakkan daripada tepung menjadi ketul-ketul.

Griskan loyang dengan butter dan tuangkan adunan tadi. Kukus kek selama 1 jam. 
 
Siap resepi kek coklat mama!.. 

Selamat mencuba.

Sunday, November 24, 2013

Resepi Asam Pedas Sedap!

Resepi Asam Pedas Sedap!



Bahan-bahan (3 orang makan)

Ikan merah 2 keping yang telah dipotong
Bunga kantan, daun kesum, bendi
Bawang merah & putih, sedikit belacan dan halia dikisar, 
Asam keping, cili boh gula & garam

Cara-cara

1) Tumis bahan kisar, cili boh dan masukkan sedikit serbuk kunyit.
2) Dah garing sikit barulah masukkan air secukupnya (2 gelas). 
3) Masukkan bunga kantan, asam keping dan daun kesum.
4) Menggelegak air baru lah masukkan ikan merah tadi, kacang bendi, buah tomato yang dipotong, gula dan garam secukup rasa.

Ikan merah ni sedap dibuat asam pedas ataupun gunakan ikan jenahak pun sedap. 

Selamat mencuba resepi asam pedas ni!



Saturday, November 23, 2013

Resepi Nasi Ayam Istimewa

Tengahari kami makan nasi ayam... ala-ala pantai timur resepinya

Resepi Nasi Ayam Istimewa



Bahan-bahan (3 orang makan)
1) 1/2 ekor ayam kecil
2) Daun ketumbar, halia, bawang putih, tomato buah, lada hidup, garam, limau nipis, timun
3) 3 cup beras basmathi extra panjang

Sup ayam
1) Masukkan air, ayam, halia dan bawang putih,yang ditumbuk halus, minyak bijan dan garam ke dalam periuk dengan air sup tersebut dibuat lebih sedikit untuk memasak nasi, air kicap dan air lada @ sos lada.
Kebiasaannya sup ayam tersebut diletak tulang-tulang ayam dan kaki ayam supaya sup ayam lebih manis dan sedap.

Siap sup ayam....

Nasi Ayam
1) Tumis bawang putih dan halia dengan minyak dan sedikit minyak bijan
2) Masukkan beras basmathi tadi ke dalam periuk
2) Masukkan tomato buah dan daun pandan
3) Masukkan air rebusan ayam (sup) ditambah dengan 1sudu besar stok maggi ayam

Siap nasi ayam nya!

Air lada /cili

Masukkan sedikit air rebusan ayam tadi (sup) , lada hidup, perah limau nipis, garam 
Siap!

Ayam goreng




Ayam rebusan tadi digaulkan kicap, halia tumbuk, sos tiram dan pati ayam maggi dan digoreng sehingga garing. Ayam digoreng sekejap sahaja memandangkan ayam tersebut telah dimasak dalam sup.

Baki air kicap tadi jangan dibuang sebaliknya digunakan di waktu makan bersama nasi...

Potong timun dan hirisan tomato untuk dimakan bersama.

Siap nasi ayam istimewa dan sudah boleh dimakan.... Selamat mencuba!

Resepi nasi ayam istimewa ini adalah turun temurun atau,warisan keluarga....





Friday, November 22, 2013

Resepi Puding Gula Hangus Best Sangattt!


Guess!? 

The answer is puding caramel gula hangus! 

Puding gula hangus!? 

Nampak bersarang kan? Cuba resepi di bawah ni... 

Resepi Puding Gula Hangus 

Bahan-bahan
8 biji telur ayam gred C
1 tin susu cair 
1/2 tin air masak
1 sudu kecil essen vanilla 
7 sudu besar gula

+ 7 sudu besar gula untuk caramel 

Kacau kesemua bahan-bahan tersebut. Dengan sudu aje cukup.

Kemudian untuk caramel nya. Masukkan gula dalam 7 sudu besar dalam loyang dan panaskan api beberapa minit sahaja sambil kacau. Tapi jangan sampai hangus gula tersebut. Pahit! Sekadar brown sikit pun dah memadai. Sejukkan sebentar. 



Last masukkan bahan-bahan yang telah digaulkan bersama telur tadi ke dalam loyang. 

Masukkan ke dalam periuk pengukus lebih kurang 30-40 minit. Siap!


Untuk lebih enak, puding gula hangus dimasukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dimakan... Yummmy!!!? Cubalah...

Resepi Soto Ayam Mama Special

Bahan-bahan (5 orang makan)

1/4 ekor ayam
Daun sup / daun ketumbar
Rempah sup
Beras nasi himpit 12 ketul kecil (segera)
Kacang tanah goreng 
4 biji telur ayam direbus
Cili / taugeh/ bawang
Halia / serai
Kicap
Bawang goreng/ suhun goreng



Sup Soto
1) Tumis bahan kisar (halia, bawang merah, bawang putih dan buah keras).
2) Masukkan ayam dan bahan rempah (serbuk ketumbar, jintan manis dan putih, lada hitam, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lawang, garam) 
3) Isi ayam disiat-siat 
4) Siap sup!

Kicap cili
Gula, bawang putih dan cili padi ditumbuk dan masukkan kicap.

Nasi himpit
Direbus dan dipotong dadu ( anggaran masak nasi himpit 1 jam)



Hidangkan seperti gambar foto di atas! Soto ayam mama special! Next time baru kita buat bergedil... 😅

Monday, November 18, 2013

Resepi Daging Goreng Kicap Simple

Daging Goreng Kicap Simple (makan 3 orang)




1) 300 gram daging direbus empuk (1 jam)
2) Masukkan hirisan bawang putih n merah, sos tiram, kicap pekat manis, serbuk kunyit, dan garam
3) Masukkan sayuran kacang panjang, lada n capcicum. Siap! 


Sunday, November 17, 2013

Resepi Nasi Arab Special

Resepi Nasi Arab Special (3 orang makan)



Nasi Arab Special

1) Rendam 2 cawan beras extra panjang rebus basmathi vitagrain Jasmine dalam air 1/2 jam dan toskan
2) Tumis bawang merah & bawang putih mayang, halia, daun bay, & tomato buah
3) Masukkan sedikit sahaja serbuk rempah nasi arab 'Shan' mutton, biji lada hitam
4) Masukkan beras dan 2 1/2 cawan air 
5) Masukkan garam, cili hijau, daun ketumbar, daun pudina ke dalam periuk nasi dan kismis n gajus goreng
6) Masukkan sedikit rendaman safron (beberapa titik sahaja kerana bau dan warnanya yang sangat kuat) ke dalam periuk nasi tadi setelah nasi arab tadi masak. Siaplah masak nasi arab!

Kuah Dalca Nasi Arab

1) Tumis bawang putih & bawang merah kisar, 4 sekawan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga & kayu manis,serbuk kunyit, daun bay, serbuk ketumbar, sedikit serbuk jintan putih n manis dan tomato puri & tomato buah
2) Masukkan ayam dipotong kecil-kecil dan air 
3) Masukkan kacang panjang, lobak merah, terung dan ubi kentang & last garam. Siaplah kuah dalca (kabsah) nasi arab!


Sambal hijau tomato
Kisar bawang merah, tomato, cili hijau dan daun ketumbar, garam dan diperah lemon! Siap!

Kambing Bakar Berempah

1) 1/2 kg Lamb shoulder sudah dipotong dan diperap dengan rempah; bawang putih n halia tumbuk, serbuk cili n paprika, sos tiram n lada hitam, steak seasoning n mixed herbs, serbuk kunyit dan garam selama beberapa jam
2) Bakar dengan suhu 180 degree C selama 1 jam. Siap! 

Ayam Bakar Berempah

1) 1 bahagian Ayam sudah dipotong 4 dan diperap dengan rempah; bawang putih n halia tumbuk, serbuk cili n paprika, sos tiram n lada hitam, steak seasoning n mixed herbs, serbuk kunyit dan garam selama beberapa jam
2) Bakar dengan suhu 180 degree C selama 1 jam. Siap! 


Nasi Arab Special completed!!!
You should try it! 

Related Posts with Thumbnails

My Blog List