Saturday, June 18, 2011

Yuna dilantik Duta Canon


Penyanyi dan penulis lagu Yunalis Zarai (Yuna) menyifatkan pelantikannya sebagai duta produk Canon akan lebih menyuntik semangatnya terhadap bidang fotografi.

Kata Yuna, sebelum pelantikan tersebut pun dia sememangnya menggunakan kamera digital Canon sejak usia remaja lagi untuk merakamkan gambar-gambar menarik di dalam kehidupannya.

"Saya sangat teruja dengan pelantikan sebagai duta produk Canon. Sebelum ini, sejak di bangku sekolah dan universiti saya memang merupakan pengguna jenama tersebut terutamanya kamera digital.

"Ciri-ciri kamera digitalnya yang mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan itu adalah faktor utama saya setia dengan Canon sejak dulu

"Tak sangka pula daripada pengguna setia, kini saya dilantik sebagai duta produk pula," katanya yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Canon di Malaysia.

sumber : Mstar Online

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

My Blog List