Sunday, February 1, 2009

Lagi Pilihanraya Kecil di Perak Pula Selepas di Kuala Terengganu?

Berita TV3 jam 8.30 malam tadi mengesahkan bahawa 2 ADUN Perak Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) telah meletak jawatan sebagai wakil rakyat Perak daripada Pakatan Rakyat. Ini bermakna 2 kerusi ADUN itu telahpun dikosongkan dan seperti biasa pilihanraya kecil akan diadakan dalam masa 60 hari.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

My Blog List