Friday, November 22, 2013

Resepi Puding Gula Hangus Best Sangattt!


Guess!? 

The answer is puding caramel gula hangus! 

Puding gula hangus!? 

Nampak bersarang kan? Cuba resepi di bawah ni... 

Resepi Puding Gula Hangus 

Bahan-bahan
8 biji telur ayam gred C
1 tin susu cair 
1/2 tin air masak
1 sudu kecil essen vanilla 
7 sudu besar gula

+ 7 sudu besar gula untuk caramel 

Kacau kesemua bahan-bahan tersebut. Dengan sudu aje cukup.

Kemudian untuk caramel nya. Masukkan gula dalam 7 sudu besar dalam loyang dan panaskan api beberapa minit sahaja sambil kacau. Tapi jangan sampai hangus gula tersebut. Pahit! Sekadar brown sikit pun dah memadai. Sejukkan sebentar. 



Last masukkan bahan-bahan yang telah digaulkan bersama telur tadi ke dalam loyang. 

Masukkan ke dalam periuk pengukus lebih kurang 30-40 minit. Siap!


Untuk lebih enak, puding gula hangus dimasukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dimakan... Yummmy!!!? Cubalah...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

My Blog List