Sunday, November 17, 2013

Resepi Nasi Arab Special

Resepi Nasi Arab Special (3 orang makan)



Nasi Arab Special

1) Rendam 2 cawan beras extra panjang rebus basmathi vitagrain Jasmine dalam air 1/2 jam dan toskan
2) Tumis bawang merah & bawang putih mayang, halia, daun bay, & tomato buah
3) Masukkan sedikit sahaja serbuk rempah nasi arab 'Shan' mutton, biji lada hitam
4) Masukkan beras dan 2 1/2 cawan air 
5) Masukkan garam, cili hijau, daun ketumbar, daun pudina ke dalam periuk nasi dan kismis n gajus goreng
6) Masukkan sedikit rendaman safron (beberapa titik sahaja kerana bau dan warnanya yang sangat kuat) ke dalam periuk nasi tadi setelah nasi arab tadi masak. Siaplah masak nasi arab!

Kuah Dalca Nasi Arab

1) Tumis bawang putih & bawang merah kisar, 4 sekawan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga & kayu manis,serbuk kunyit, daun bay, serbuk ketumbar, sedikit serbuk jintan putih n manis dan tomato puri & tomato buah
2) Masukkan ayam dipotong kecil-kecil dan air 
3) Masukkan kacang panjang, lobak merah, terung dan ubi kentang & last garam. Siaplah kuah dalca (kabsah) nasi arab!


Sambal hijau tomato
Kisar bawang merah, tomato, cili hijau dan daun ketumbar, garam dan diperah lemon! Siap!

Kambing Bakar Berempah

1) 1/2 kg Lamb shoulder sudah dipotong dan diperap dengan rempah; bawang putih n halia tumbuk, serbuk cili n paprika, sos tiram n lada hitam, steak seasoning n mixed herbs, serbuk kunyit dan garam selama beberapa jam
2) Bakar dengan suhu 180 degree C selama 1 jam. Siap! 

Ayam Bakar Berempah

1) 1 bahagian Ayam sudah dipotong 4 dan diperap dengan rempah; bawang putih n halia tumbuk, serbuk cili n paprika, sos tiram n lada hitam, steak seasoning n mixed herbs, serbuk kunyit dan garam selama beberapa jam
2) Bakar dengan suhu 180 degree C selama 1 jam. Siap! 


Nasi Arab Special completed!!!
You should try it! 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

My Blog List