Sunday, October 21, 2012

Pemberian Diskaun 20% Langsai Hutang Pinjaman PTPTN



FAQ Berkaitan Pemberian Diskaun 20% Kepada Peminjam/
Penerima Biaya Yang Membuat Penyelesaian Hutang
Pinjaman/Pembiayaan Bagi Tempoh 1 Oktober 2012 hingga
30 September 2013

SOALAN 1
Siapakah yang layak mendapat pemberian diskaun ini?
Jawapan :
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat penyelesaian hutang
pinjaman/ pembiayaan PTPTN dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30
September 2013.

SOALAN 2
Bagaimana pemberian diskaun 20% akan diberikan, sama ada atas baki
prinsipal/ kos pentadbiran/ baki keseluruhan/ baki tunggakan/ termasuk
kos-kos guaman?
Jawapan :
Pemberian diskaun 20% dikira atas baki hutang semasa pada masa
penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dilakukan.

SOALAN 3
Bagaimanakah diskaun 20% ini dikira?
Jawapan :
Diskaun 20% ini dikira berasaskan baki hutang semasa
peminjam/penerima biaya.

SOALAN 4
Bilakah tarikh pemberian diskaun 20% dikuatkuasakan?
Jawapan :
Pemberian diskaun 20% berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2012 hingga 30
September 2013.

SOALAN 5
Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan pemberian diskaun 20%?
Jawapan:
Peminjam perlu membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan
dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

SOALAN 6
Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan baki hutang semasa?
Jawapan:
Baki hutang semasa boleh diperolehi dengan melayari laman web PTPTN
www.ptptn.gov.my mulai 5 Oktober 2012. Sila masukkan nombor kad
pengenalan dan nombor pin peminjam. Sekiranya peminjam terlupa
nombor pin, sila hubungi talian 03-20804455. Bagi peminjam yang telah
dikenakan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya, baki hutang
boleh diperolehi dengan hadir ke kaunter PTPTN, e-mel ke
bakihutang@ptptn.gov.my atau faks ke talian 03-20921590.

SOALAN 7
Bolehkah saya membuat pembayaran berdasarkan baki hutang semasa di
penyata online?
Jawapan:
Boleh. Bayaran sebanyak 80% daripada baki hutang semasa boleh dibuat
melalui semua saluran sediada kutipan balik PTPTN. Maklumat lanjut
boleh didapati melalui laman web PTPTN www.ptptn.gov.my. Selain
daripada pembayaran melalui kaunter PTPTN, butiran bayaran hendaklah
dihantar melalui e-mel kepada bakihutang@ptptn.gov.my atau difakskan
kepada 03-20921590.

SOALAN 8
Adakah saya boleh mendapat pemberian diskaun 20% sekiranya saya
berhasrat membuat penyelesaian hutang pada bulan terakhir promosi iaitu
September 2013?
Jawapan:
Boleh. Walau bagaimanapun, peminjam dinasihatkan membuat
pembayaran penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan secara tunai atau
bankdraf di kaunter PTPTN sahaja dan tidak melalui ejen kerana bayaran
balik melalui ejen mengambil masa untuk dikemaskini.

SOALAN 9
Adakah pemberian diskaun 20% bagi penyelesaian hutang pinjaman/
pembiayaan ini diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang
ditaja oleh PTPTN?
Jawapan:
Ya, pemberian diskaun 20% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/
jurusan yang ditaja oleh PTPTN.

SOALAN 10
Adakah pemberian diskaun 20% ini diberikan kepada baki hutang Wang
Pendahuluan Pembiayaan (WPP) bagi penerima WPP yang tidak membuat
pinjaman/ pembiayaan PTPTN
Jawapan:
Ya, pemberian diskaun juga diberikan kepada baki hutang Wang
Pendahuluan Pembiayaan (WPP).

SOALAN 11
Adakah Surat Pelepasan Hutang (SPH) dikeluarkan selepas bayaran balik
dilakukan?
Jawapan:
Surat Pelepasan Hutang (SPH) akan dikeluarkan selepas pembayaran
dilakukan di kaunter PTPTN secara tunai atau bankdraf. Bagi pembayaran
bukan tunai (cek, kiriman wang dsbnya), SPH akan dikeluarkan selepas
cek berkenaan ditunaikan/ dijelaskan. Bagi bayaran melalui ejen atau
online, SPH akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas
bayaran diterima oleh PTPTN.

SOALAN 12
Saya telah dikenakan tindakan senarai hitam, adakah PTPTN akan
melakukan penarikan balik/ pemutihan senarai hitam selepas saya
membuat penyelesaian hutang?
Jawapan:
Ya, proses ini akan dilakukan oleh PTPTN dalam tempoh 7 hari bekerja.

Rujuan: http://www.ptptn.gov.my/


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

My Blog List